KUALA KEDAH 22 Nov. – Mayat seorang lelaki tanpa kepala ditemukan terapung kira-kira 6.3 batu nautika barat Pulau Bunting, Yan di Jerai pagi tadi. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 9 pagi daripada seorang nelayan yang menemukan mayat itu ketika melalui kawasan tersebut. “Pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah menggerakkan sebuah bot bersama empat…










