DUNGUN – Mayat anggota polis yang terjatuh ke dalam Sungai Paka ketika mengejar seorang suspek kes pecah rumah pada Jumaat lalu ditemui terapung tujuh hari selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan. Mayat Konstabel Wan Mohd. Arif Wan Yahya, 28, yang bertugas di Balai Polis Paka itu dijumpai di sungai itu kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian oleh sepasukan anggota SAR pada pukul 12.25 tengah hari. Ketua Polis Daerah Dungun,…









