Mat Sabu puas hati prestasi menteri Amanah - Utusan Malaysia

Mat Sabu puas hati prestasi menteri Amanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 17 Nov. – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata beliau sehingga kini gembira dengan prestasi menteri-menteri daripada partinya susulan spekulasi mengenai rombakan Kabinet.

“Saya gembira tetapi akan berusaha untuk meningkatkan lagi (prestasi),” katanya kepada pemberita ketika hadir ke Kongres Nasional PKR Ke-13 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam, sebentar tadi.

Ketika ditanya mengenai rombakan Kabinet, Mohamad menyatakan beliau tidak mendengar apa-apa berkaitan hal tersebut dan menyerahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membuat keputusan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengenai dakwaan berlaku politik wang dalam Pemilihan PKR, beliau berkata, dalam mana-mana pemilihan sudah pasti akan timbul tuduhan salah laku namun mahu membiarkan soal itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×