Maszlee serah SPRM buat siasatan isu bekalan susu - Utusan Malaysia

Maszlee serah SPRM buat siasatan isu bekalan susu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat isu kehilangan bekalan susu di bawah Program Susu 1Malaysia (PS1M).

“Kita serah kepada SPRM untuk membuat apa-apa komen. Saya tidak mahu mengganggu sebarang siasatan,” katanya ringkas kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Sebelum ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dilapor mempersoal status PS1M apabila susu kotak di bawah program itu tidak diedarkan sejak Januari lepas walaupun mempunyai peruntukan di bawah Belanjawan 2018 yang dibentangkan kerajaan terdahulu.

Dalam pada itu, Maszlee berkata, pihaknya akan memastikan proses perolehan tender bekalan susu PS1M akan dilakukan secara tender terbuka pada masa akan datang.

“Tiada lagi runding terus dan kita akan pastikan tidak ada kilang santan yang akan diberikan kontrak untuk membekalkan susu,” katanya.

Mengulas mengenai ketetapan kementeriannya mengenai kebenaran memasuki kawasan sekolah bagi Ahli Parlimen pembangkang, Maszlee berkata, ia bagi mengelak penyebaran unsur politik kebencian kepada pelajar sekolah.

“Ahli Parlimen kerajaan, mereka datang untuk menerangkan dasar kerajaan tetapi apabila Ahli Parlimen pembangkang mereka perlu membuat permohonan terlebih dahulu, kami mahu memberikan mereka syarat dan prasyarat.

“Kami tidak mahu ada yang menyebarkan perkara yang tidak benar dan kebencian di sekolah,” katanya. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×