BESUT – Masjid Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak, Jerteh di sini yang mendapat jolokan sebagai Masjid Rusia kerana seni binanya seakan-akan St. Basil Cathedral di Moscow, Rusia menarik perhatian orang ramai. Berdiri gah di kawasan sawah padi di tengah-tengah kampung itu, masjid yang dicetuskan pembinaannya oleh Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh kira-kira enam tahun lalu kini menjadi antara masjid ikonik yang menjadi tumpuan penduduk di dalam dan…










