Mana rasa hormat perusuh di USJ? - Utusan Malaysia

Mana rasa hormat perusuh di USJ?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mempersoalkan nilai hormat perusuh di Kuil Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dekat sini yang memukul seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sehingga menyebabkan kecederaan parah.

ZURAIDA KAMARUDDIN
ZURAIDA KAMARUDDIN 

Beliau berkata, tindakan itu melampau dan keterlaluan memandangkan anggota berkenaan hadir ke sana dengan menaiki jentera, memakai uniform dan masih belum keluar dari kenderaan jabatan.

“Saya amat terkejut dan rasa sangat dukacita serta kecewa atas sikap perusuh- di tempat itu kerana mengambil tindakan yang keterlaluan.

“Ini satu budaya yang perlu kita hentikan. Kerana mereka adalah penjawat awam beruniform. Perlu ada satu tahap hormat kepada penjawat awam yang beruniform oleh rakyat Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Awal pagi tadi, seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera manakala jentera dinaiki turut mengalami kerosakan akibat diserang kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar kuil berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN