SKUAD hoki negara berjaya menampilkan corak permainan yang menarik meskipun tewas 1-2 kepada New Zealand pada siri pertama persahabatan antarabangsa di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam. Bagaimanapun, masih ada beberapa perkara perlu diperbaiki skuad Malaysian Tigers yang kini menghuni tangga ke-12 dunia dalam tempoh yang ada menjelang kempen Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India bermula 28 November hingga 16 Disember ini. Selain tidak membenarkan pihak lawan mendapat…









