Malaysia negara ke-26 dunia memiliki kelajuan jalur lebar terpantas - Utusan Malaysia

Malaysia negara ke-26 dunia memiliki kelajuan jalur lebar terpantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA 18 Nov.- Malaysia merupakan negara ke-26 memiliki kadar kelajuan jalur lebar terpantas di dunia apabila menaiki 10 anak tangga pada bulan lalu berdasarkan kaji selidik dikeluarkan The Speedtest Global Index (SGI).

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Al-Ishsal Ishak berkata, purata kelajuan jalur lebar negara kini berada pada tahap 61.97 megabit sesaat (Mbps) sekali gus menunjukkan rakyat menikmati kadar internet yang lebih signifikan.

“Langkah-langkah tegas diambil kerajaan akhirnya membuahkan hasil apabila kadar kelajuan jalur lebar negara mencatatkan peningkatan yang ketara.

“Malah kerajaan telah pun menunaikan janji mereka untuk mengurangkan harga jalur lebar berkelajuan tinggi talian tetap sebanyak 25 peratus menjelang akhir 2018 (harga pakej permulaan telah pun dikurangkan lebih daripada 30 peratus),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Al-Ishsal lagi, biarpun itu merupakan berita positif, namun ia merupakan hanya permulaan dan masih banyak usaha yang perlu dilakukan SKMM dan kerajaan.

Ujarnya, kejayaan itu merupakan usaha digerakkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang menjadikan isu kelajuan jalur lebar sebagai keutamaan.

“Beliau mahu syarikat-syarikat telco tempatan meningkatkan kadar kelajuan jalur lebar dan pada masa sama mengurangkan harga.

“Namun SKMM akan terus memantau dengan tegas terhadap pakej-pakej ditawarkan bagi memastikan para pengguna dapat menikmati kualiti perkhidmatan terbaik di samping harga berpatutan pada jangka panjang,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN