KUALA LUMPUR 8 Nov. – Malaysia memulakan kempen Piala AFF dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan Kemboja 1-0 dalam aksi Kumpulan A kejohanan di Stadium Nasional Olimpik, Phnom Penh, Kemboja, sebentar tadi. Gol tunggal perlawanan tersebut dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-30 selepas menerima umpanan cantik daripada kapten, Zaquan Adha Abd. Razak. Selepas ini skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan melayan kunjungan Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil, 12 November ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya