KOTA BHARU 17 Nov. – Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang rakyatnya hidup dalam keadaan aman-damai meskipun tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Marzuki Yahya berkata, sebelum ini, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah mengeluarkan kenyataan menolak ICERD yang dilihat bukan satu keperluan kepada negara. Sehubungan itu katanya, beliau hari ini mahu mengulangi pendirian sama…










