Malam ‘Arab’ SSI berlangsung meriah - Utusan Malaysia

Malam ‘Arab’ SSI berlangsung meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 Nov. – Lebih 500 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail (SSI) menyertai majlis makan malam amal dan perjumpaan semula yang diadakan di Hotel Berjaya Waterfront, di sini baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan Bekas Pe­lajar SSI, Yazid Mohamed berkata, majlis tersebut diadakan untuk mengumpul dana bagi membiayai program yang dijalankan pihak­nya, merangkumi aktiviti persatu­an dan kebajikan pelajar sekolah berprestasi tinggi tersebut.

“Saya berharap lebih ramai bekas pelajar tampil membantu kami menjalankan aktiviti-aktiviti persatuan.

“Perjumpaan yang sebegini juga akan mengeratkan lagi tali silaturahim antara pelajar, bekas pelajar, guru-guru dan warga korporat yang banyak membantu,” katanya.

Yang turut hadir merasmikan majlis berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan yang mewakili Menteri Besar, Datuk Osman Sapian dan Pengetua SSI, Abdul Halil Abu Bakar.

Sementara itu, Aminolhuda yang membacakan teks ucapan Menteri Besar berkata, kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan tetap memperkasakan generasi akan datang dan SSI perlu terus melahirkan golongan muda yang cemerlang dalam usaha menjadikan Johor sebagai sebuah kuasa ekonomi yang unggul di rantau Asia.

“Kita perlu bangkit dan ‘mengaum’ dalam masa yang terde­kat ini,” katanya.

Majlis tersebut bertambah me­riah apabila bekas pelajar sekolah berkenaan menggayakan pakaian ala Arab yang menjadi tema pada malam tersebut.

Selain dijamu dengan pelbagai makanan, hadirin turut dihi­burkan dengan persembahan nyanyi­an oleh artis popular pada tahun 80-an, Maria Bachok dan Junainah M. Amin serta penyanyi yang mempunyai suara mirip Datuk Ahmad Jais, Ahmad Yasin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×