Mata Ahmad Arrasyid Zubir, 15, peka memerhatikan tindak-tanduk robot yang dihasilkannya diletakkan di atas laluan khas. Sesekali riak gembira terpacul pada wajah pelajar dari Sekolah Menengah Agam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) itu apabila robotnya berjaya menyelesaikan tugasan tertentu pada laluan berkenaan. Antara tugasan yang perlu dilakukan termasuk membuat imbasan dan kemudian menyusun objek mengikut warna di tempat yang telah ditetapkan. Bagaimanapun, berkerut juga dahinya apabila melihat robotnya itu tidak bergerak mengikut atur cara yang telah diprogramkan. Setelah membelek robot bersaiz sebesar kira-kira kertas A4 itu dan mengamati…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya