Majlis makan malam IFAWPCA penuh warna-warni - Utusan Malaysia

Majlis makan malam IFAWPCA penuh warna-warni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Nov. – Majlis makan malam Persekutuan Persatuan Kontraktor Asia dan Pasifik Barat (IFAWPCA) yang dihoskan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) berlangsung di sini dengan penuh meriah dan warna-warni.

Majlis tersebut diadakan kelmarin sempena Persidangan IFAWPCA ke-44 anjuran Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) dari 12 hingga 16 November lalu.

Para peserta dari pelbagai organisasi dan agensi antarabangsa yang menganggotai gabungan tersebut mengenakan pakaian tradisional negara masing-masing selain membuat persembahan kebudayaan.

Antaranya Bangladesh, India, Bhutan, Korea, Nepal, Indonesia, Maldives, Sri Lanka, Filipina, Mongolia, Singapura, Taiwan, Thailand dan tuan rumah, Malaysia.

Paling mencuri tumpuan ialah delegasi dari Thailand dan Maldives yang masing-masing diumumkan sebagai pemenang untuk pakaian terbaik dan persembahan terbaik.

Delegasi Persatuan Kontraktor Thailand (TCA) dan delegasi Persatuan Industri Pembinaan Maldives (MACI) itu berjaya membawa pulang wang tunai USD1,000 (kira-kira RM4,200).

Yang hadir sama ialah Pengerusi CIDB, Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali dan bekas Presiden MBAM, Datuk Matthew Tee.

Sementara itu, Presiden MBAM, Foo Chek Lee berkata, kali terakhir persidangan berkenaan diadakan di negara ini adalah pada 1998.

Menurutnya, bertemakan Inovasi Strategik  Menerusi Modal Insan, ia berjaya menarik penyertaan 1,100 orang dari 10 negara anggota IFAWPCA.

“Kami juga berbesar hati apabila Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi tetamu kehormat IFAWPCA 2018,” jelasnya dalam satu kenyataan, semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN