Majikan serah suspek langgar lari - Utusan Malaysia

Majikan serah suspek langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG – Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes langgar lari sehingga menyebabkan kematian seorang wanita yang sedang menjamu selera di kawasan parkir sebuah restoran di Taman Equine, Seri Kemba­ngan di sini berjaya ditahan polis awal pagi semalam.

Suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan kira-kira pukul 1.43 pagi selepas dia dise­rahkan kepada polis oleh majikannya.

Difahamkan, ketika kejadian, suspek yang memandu ken­deraan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax dipercayai berada dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, suspek telah dise­rahkan kepada polis oleh majikannya yang juga merupakan pemilik kenderaan tersebut sejurus kejadian berlaku.

“Hasil ujian awal saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun dia dipercayai mabuk ketika kejadian. Kita juga telah mengambil sampel darah lelaki itu untuk ujian alkohol,” katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×