Mahkamah tolak permohonan tangguh penggambilan tanah tapak kuil - Utusan Malaysia

Mahkamah tolak permohonan tangguh penggambilan tanah tapak kuil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 29 Nov. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan tiga penganut Hindu 
untuk menangguhkan perintah mahkamah sebelum ini yang membenarkan pengambilalihan semula tanah di tapak Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya, oleh pemiliknya, One City Development Sdn Bhd (One City).

Keputusan itu dibuat Hakim, M. Gunalan selepas mendengar permohonan yang dibuat oleh S Thangaraju, M. Mohanakrishnan dan S. Nagarajah.

Sementara itu, Peguam Claudia Cheah Pek Yee yang mewakili One City berkata, mahkamah membuat keputusan itu antaranya disebabkan permohonan plaintif tiada locus standi.

“Selain itu, mahkamah turut menyatakan bahawa One City juga adalah pemilik sah tapak kuil berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding itu.

Ketiga-tiga plaintif memfailkan permohonan pada 12 Nov lepas bagi mendapatkan perintah penangguhan pelaksanaan interim Penghakiman Persetujuan bertarikh 11 Mac 2014 dan writ pemilikan untuk mendapatkan semula hartanah kuil berkenaan pada 22 Nov 2018. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN