MAHA 2018: Lanjut masa operasi beberapa pameran - Utusan Malaysia

MAHA 2018: Lanjut masa operasi beberapa pameran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) melanjutkan masa operasi beberapa tapak pameran dan tarikan dari pukul 10 pagi hingga 10 malam mulai hari ini sehingga 2 Disember.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan berkata, ini berikutan sambutan pengunjung yang menggalakkan pada pameran yang bermula 22 November lalu di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini.

Beliau berkata, tarikan yang dibuka sehingga pukul 10 malam itu ialah Dewan Pameran (Hall) A dan C, Dewan Agrotrade 1 dan 2, Laman Tiba 1 dan 2, Laman Ternakan, Laman Florikultur, Mak Cun Village, Lola Baba dan Empayar Makanan.

“Bagi Pavilion Negeri, Laman Perikanan, Laman Padi, Laman Sayur, Laman Herba, Laman Teknologi dan Laman Nanas, ia kekal beroperasi 10 pagi hingga 7 malam,” katanya kepada pemberita di pusat media MAHA 2018 hari ini.

Beliau juga berkata, operasi perkhidmatan tram turut dilanjutkan hingga 10 malam bagi kemudahan pengunjung mulai hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×