KUALA LUMPUR 25 Nov. – Penyanyi rock legenda, Amy Search menjadi antara empat usahawan pertama kopi berperisa nanas di Malaysia.
Amy Search menggunakan jenama Kopi Nanas Phewitt sementara tiga jenama lagi adalah Kopi Nanas Maisara, Kopi Nanas Anasia dan Kopi Nanas Ngences.
Kopi nanas hasil usahasama Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) dibangunkan menggunakan biji kopi dan buah nanas terpilih di Malaysia.
Pengurusan Kopi Nanas Phewiit merupakan idea asal Amy di bawah syarikat Qasander KL Sdn. Bhd.
Kopi nanas dijangka akan mendapat sambutan kerana rasanya yang tersendiri hasil kreativiti dan inovasi yang mampu menarik minat orang ramai dan pengguna serta pelancong.
Kopi ini akan menghasilkan rasa dan aroma nanas yang lazat dan unik.
Pasarannya telah menembus Indonesia, Singapura dan Brunei. Kopi Nanas Phewitt juga menarik perhatian rakyat Jepun ketika dipromosi di Malaysia Fair Tokyo 2018 pada awal bulan lalu.
“Selama tiga hari kita di sana. Hari pertama sahaja kopis nanas ini habis dijual. Saya terpaksa minta rakan sekerja datang ke Jepun malam tu jugak sebab stok habis.
“Hari kedua juga habis stok yang dibawa. Memang rakyat Jepun gemarkan perisa kopi campur nenas,” kata Amy pada majlis pelancaran, hari ini.
Kopi Nanas Phewitt dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018.- UTUSAN ONLINE











