Lyon sedia kalahkan City buat kali kedua - Utusan Malaysia

Lyon sedia kalahkan City buat kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LYON 27 Nov. – Jurulatih Lyon, Bruno Genesio menggesa pemainnya agar percaya kepada diri sendiri bahawa mereka mampu menewaskan Manchester City buat kali kedua apabila kedua-dua pasukan itu akan bertemu dalam aksi Kumpulan F Liga Juara-Juara awal pagi esok (waktu Malaysia).

Kemenangan 2-1 hasil jaringan Maxwel Cornet dan Nabil Fekir berjaya mengejutkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu pada September lalu dan jika mereka berjaya mengulanginya peluang Lyon melepasi peringkat kumpulan cerah.

“Nasihat saya kepada pemain agar bermain tanpa berfikir apa-apa. Kami akan berjumpa pasukan yang lebih hebat namun berdasarkan perlawanan pertama kami berjaya menewaskan mereka dan kami berharap dapat melakukannya sekali lagi,” katanya.

Lyon merupakan satu-satunya pasukan pada musim ini yang menjaringkan lebih daripada satu gol kmenentang City yang kini mendahului Kumpulan F dengan sembilan mata.

“Kami perlu percaya bahawa kami boleh menang dan bermain menggunakan kekuatan kami namun kami tetap menghormati Manchester City kerana mereka pasukan yang kuat.

“City pasukan pilihan dan menjadi salah satu daripada tiga atau empat pasukan untuk memenangi kejohanan ini namun kami sudah pun menewaskan mereka jadi kami perlu mengekalkan matlamat yang sama.

“Hanya satu cara untuk memberi masalah kepada City iaitu menyerang. Kami tidak boleh bertahan semata-mata dan sekadar mencari satu gol. Kami boleh melakukan yang terbaik dan tiada apa yang dikesalkan,” katanya lagi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN