KUALA LUMPUR 18 Nov. – Sebuah lori tangki membawa muatan minyak petrol dan diesel terbabas lalu terbalik di Kilometer 410.2 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara di sini pagi tadi.
Dalam kejadian pukul 6.50 pagi itu, pemandu kenderaan berat terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata,kemalangan berlaku semasa pemandu berkenaan dalam perjalanan dari arah Putrajaya ke Perak.

“Bagaimanapun, setiba di lokasi kejadian, lori terbabit terbabas sendiri di sebelah kiri jalan.
“Susulan kejadian itu terdapat sedikit tumpahan minyak di lorong kecemasan. Bagaimanapun kerja-kerja pembersihan jalan masih dalam tindakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Bhak phai memberitahu, meskipun berlaku sedikit tumpahan minyak namun trafik di lokasi kejadian berjalan lancar.
“Lori terbabit hanya mengalami kerosakan di sebelah kanan kenderaan berat itu,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE










