Lelaki Palestin maut ditembak tentera Israel - Utusan Malaysia

Lelaki Palestin maut ditembak tentera Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS 26 Nov. – Seorang lelaki Palestin mati ditembak tentera Israel setelah dilaporkan merempuh menggunakan kereta tiga anggota rejim Zionis itu di utara Hebron, Tebing Barat hari ini. Menurut anggota Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Jurucakap persatuan itu berkata, anggota tentera Israel merampas mayat mangsa dari dalam ambulans dan membawanya menggunakan kenderaan tentera. Tiga anggota tentera Israel yang terlibat mengalami cedera ringan. – AFP

Langganan Akses Kandungan Eksklusif

PERCUMA

3 bulan

1 Bulan / RM3.00

Akses Kandungan Eksklusif

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN