Lelaki maut kemalangan jalan raya - Utusan Malaysia

Lelaki maut kemalangan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU 19 Nov. – Seorang lelaki maut manakala sorang lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kampung Tanjung Labian di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Norizam Husin, 23, maut di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah di beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, kemalangan itu melibatkan dua buah motosikal iaitu motosikal jenis Yamaha 125z bertembung dengan motosikal jenis Modenas Kriss.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati, mangsa yang maut bergerak dari arah Lahad Datu menuju ke jalan pantai Tanjung Labian.

“Apabila sampai di tempat kejadian, Norizam dipercayai menunggang dalam keadaan laju sehingga masuk ke lorong bertentangan dan tidak menyedari kehadiran motosikal bertentangan tidak berlampu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nasri menambah, mangsa yang parah di bahagian kepala dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×