KOLKATA 27 Nov. – Seorang lelaki diarahkan keluar dari pesawat Jet Airways dan ditahan untuk disoal siasat selepas dia memuat naik gambarnya di aplikasi Snapchat bersama-sama ayat ‘pengganas’.
Lelaki berkenaan, Yogvedant Poddar, 21, diarahkan keluar selepas seorang penumpang ternampak dia menaip ‘Pengganas atas pesawat, saya merosakkan hati wanita’ di telefon pintarnya.
Menurut timbalan pesuruhjaya polis Kolkata, Avvaru Ravindranath, Poddar ditahan selama 10 jam sebelum dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan.
“Kami menyoal siasat dia secara menyeluruh. Kami tidak menjumpai sebarang kaitan dengan pengganas.
“Ia merupakan mesej yang ditujukan kepada rakan-rakannya dan tidak mempunyai niat untuk mengancam dan mencederakan sesiapa,” kata Ravindranath. – AFP










