Lapan lelaki didakwa membunuh - Utusan Malaysia

Lapan lelaki didakwa membunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Lapan lelaki termasuk empat juvana dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kuo Kuang 1, di Taman Ungku Tun Aminah di sini, awal bulan lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Lim Zhi Hao, 23, Ko Boon Hao, 20, Lim Chim Hoang, 18, Wong Jiunn Woei, 18 bersama empat juvana berusia antara 15 hingga 17 tahun selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Azureen Sahira Saufee Afandi.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka didakwa terlibat dalam ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang dan melakukan bunuh serta menyebabkan kematian Chia Min Yong, 21 di sekolah terbabit pada pukul 12.30 tengah hari 11 November lalu.

Bagi kesalahan itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 302 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, Chim Hoang turut didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Heng Wei Lun, 15, dengan menggunakan sebilah pisau.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN