“Sejak kecil, saya memang sangat sukakan batik. Bagi saya, batik merupakan sesuatu yang boleh disinonimkan sebagai seni eksklusif. “Ia mempunyai varian corak, namun mata yang memandang pasti dapat mengenal bahawa ia merupakan batik, sekali gus dipandang tinggi oleh orang Melayu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Butik Calice, di Bangi Sentral, Selangor baru-baru ini. Merupakan pelanggan setia Calice, sebuah jenama tempatan yang memfokuskan pakaian wanita berunsurkan batik, Farah Liana mempunyai alasan…










