KUALA LUMPUR 19 Nov. Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Datuk Saiful Anuar Lebai Hussen enggan mengulas mengenai cadangan untuk menggabungkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra). “Tidak, tidak, saya tak tahu tentang perkara itu,” katanya semasa ditanya pemberita mengenai cadangan tersebut di luar acara Persidangan Perangkaan Malaysia Keenam (MyStats 2018) di sini, hari ini. Menurut laporan daripada sebuah akhbar kewangan mingguan, kerajaan…










