KPM akan kerjasama dengan SPRM dedah skandal  - Utusan Malaysia

KPM akan kerjasama dengan SPRM dedah skandal 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membongkar beberapa lagi kes salah laku serta skandal melibatkan sekolah-sekolah di negara ini.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, pihak kementerian akan memberi kerjasama terutama bagi melengkapkan kertas siasatan SPRM terutama membabitkan kerajaan terdahulu.

Menurutnya, beberapa lagi individu bakal dipanggil dan didakwa SPRM dalam masa terdekat sama ada tahun ini atau tahun depan.

“Kita akan memberi kerjasama baik dengan SPRM bagi menjalankan siasatan membabitkan rasuah dan salah laku. Apa-apa pun SPRM akan dedahkan berapa ramai lagi dan kami hanya membantu mereka lengkapkan kertas siasatan.

“Kita lakukan ini sebagai mekanisme untuk mendidik kakitangan dibawah kementerian saya agar perkara seperti ini tidak akan berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Pelancaran Sambutan 30 Tahun Sekolah Rendah Islam Hidayah, Kampung Sinaran Baru di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN