KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bercadang mengeluarkan garis panduan papan tanda jalan yang baharu di peringkat Persekutuan dalam usaha memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia. Menteri berkenaan, Zuraida Kamaruddin berkata pada masa ini polisi dan penguatkuasaan penggunaan bahasa kebangsaan hanya membabitkan papan iklan. “Di peringkat Persekutuan memang tiada ketetapan itu, jadi apabila timbul isu ini (di Selangor) Insya-Allah kementerian akan lihat (review) semula dan keluarkan garis ketetapan yang…










