KPDNHEP Perak sita lebih 12,000 kasut tiruan berjenama bernilai RM78,182 - Utusan Malaysia

KPDNHEP Perak sita lebih 12,000 kasut tiruan berjenama bernilai RM78,182

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menyita lebih 12,000 kasut tiruan berjenama bernilai RM78,182.50 dalam serbuan di sebuah premis perniagaan di Menglembu di sini semalam. 

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Perak, Shamsul Nizam Khalil berkata, serbuan yang dijalankan pada pukul 12 tengah hari itu disertai 12 anggota KPDNHEP diketuai Nor Azlina Mahmad selepas risikan selama seminggu dibuat terhadap premis tersebut.

“Hasil pemeriksaan terhadap premis yang merupakan pemborong selipar dan kasut jenama Adidas, Nike dan Puma itu, anggota menjumpai sebuah pintu tertutup yang merupakan laluan kepada dua buah stor.

“Dua stor berkenaan dijadikan tempat simpanan barangan selipar dan kasut tiruan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Tambah Shamsul Nizam, siasatan awal mendapati premis tersebut telah beroperasi selama kira-kira setahun dan merupakan pembekal utama kepada para peniaga pasar malam dan ekspo di sekitar Perak.

“Sehubungan itu, KPDNHEP bertindak menyita sejumlah 12,002 unit selipar dan kasut tiruan tersebut untuk siasatan lanjut.

“Seorang lelaki berusia 45 tahun yang mengaku sebagai pekerja di premis tersebut telah diambil keterangan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengiku Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 yang boleh dihukum denda kepada pertubuhan perbadanan tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barangan dagangan palsu.

“Individu yang melakukan kesalahan tersebut pula boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barangan dagangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Menurutnya lagi, sebanyak 18 kes berkaitan barangan tiruan telah disiasat pada tahun ini dengan nilai rampasan berjumlah RM176,393.93. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN