Kos tinggi beri air percuma - Utusan Malaysia

Kos tinggi beri air percuma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengakui kerajaan negeri terpaksa menanggung kos yang besar sekiranya meneruskan pemberian air percuma 20 meter padu (m³) sebulan ekoran peningkatan jumlah penduduk yang mendadak di negeri ini.

Beliau berkata, ketika ini jumlah penduduk seramai 6.4 juta pada masa ini berbanding zaman pentadbiran bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 2008 hingga 2014 iaitu hanya 4.6 juta penduduk.

“Ini adalah subsidi bersasar dengan kerajaan negeri perlu menyusun (semula) segala perbelanjaan.

“Ini (penghentian air percuma) bukan langkah terakhir sebaliknya kerajaan negeri akan melihat semula kedudukan kewangan dan fokus kita,” katanya ketika ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN