CALIFORNIA 11 Nov. – Jumlah mangsa yang terkorban akibat kebakaran hutan yang dikenali sebagai Camp Fire dan Woolsey Fire di seluruh negeri ini meningkat kepada 25 orang. Menurut jurucakap Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, Scott Maclean, sebanyak 14 mayat telah ditemukan berhampiran dan di bandar Paradise manakala dua lagi mangsa terkorban dekat Malibu. Beliau berkata, tiada maklumat lanjut diperoleh tentang punca mangsa terkorban namun mayat mereka hangus sekali gus…










