Kor Ming sahkan wujud gerakan jatuhkan MB Perak - Utusan Malaysia

Kor Ming sahkan wujud gerakan jatuhkan MB Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 27 Nov. – Kerajaan Pakatan Harapan Perak hari ini mengesahkan wujud gerakan untuk menyingkirkan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu melalui undi tidak percaya.

Timbalan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming yang mengesahkan perkara itu bagaimana pun tidak mendedahkan pihak mana yang bertanggungjawab mahu menjatuhkan Ahmad Faizal sama ada dilakukan oleh Exco kerajaan negeri seperti yang didakwa oleh UMNO.

Menurutnya, perkara tersebut berdasarkan pengakuan terbuka yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Saarani Mohamad semalam.

Kor Ning berkata, ini diperkuatkan lagi dengan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dalam satu sidang akhbar semalam yang memberitahu usaha tersebut ‘memang berlaku’.

“Berdasarkan kedua-dua fakta tersebut serta pengakuan secara terbuka Zambry maka saya sahkan ada usaha nak cuba menjatuhkan kerajaan yang sah ini dan ia merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 124 (b) dan 124(c) Kanun Keseksaan.

“Tindakan menghasut selain cuba menggulingkan kerajaan tanpa mengikut sistem demokrasi itu selain cuba melakukan aktiviti yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen tersebut memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hinggaa 20 tahun “katanya pada sidang akhbar di sini hani ini.

Sehubungan itu, kata Kor Ming,  Ketua Sekreteriat Pakatan Harapan Perak, V. Sivakumar akan membuat laporan polis terhadap Saarani dan Zambry dalam masa terdekat.

“Tindakan tersebut bagi membolehkan polis menyiasat siapakah dalang dan pihak yang terlibat melakukan perkara tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN