Kongres PKR: Wan Azizah dicadang ganti Anwar sebagai Ketua Umum yang baharu - Utusan Malaysia

Kongres PKR: Wan Azizah dicadang ganti Anwar sebagai Ketua Umum yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang dikatakan akan mengakhiri tugasnya sebagai Presiden Parti Keadilan (PKR) hari ini dicadangkan menjadi Ketua Umum parti itu yang baharu. 

Perwakilan dari Sabah, Mohd  Amin Abdul Mem  mencadangkan agar Wan Azizah yang lebih mesra dipanggil Kak Wan dilantik menjawat jawatan Ketua Umum parti berkenaan.

Katanya, jawatan tersebut dianggap relevan terhadap pengorbanan dilakukan Wan Azizah terhadap perjuangan parti. 

“Akhir sekali saya mengusulkan agar sidang kongres ini menerima supaya kita angkat ‘Kak Wan’ sebagai Ketua Umum PKR yang baharu dan meminta agar semua menyokong,” katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden PKR dalam Kongres Nasional Tahunan parti di Pusat Konvokesyen Ideal (IDCC) di sini hari ini. 

Pemilihan PKR kali ini menyaksikan Wan Azizah tidak mempertahankan jawatannya selepas memberikan laluan kepada Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum parti yang menang tanpa bertanding. 

Dalam pada itu, perwakilan dari Wilayah Persekutuan, Zahir Hassan menegaskan supaya PKR menubuhkan Majlis Penasihat Parti yang dianggotai oleh tokoh-tokoh besar parti berkenaan termasuk Wan Azizah dan bekas Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali.

“Ini sebagai pengiktirafan kepada Wan Azizah yang telah meneraju parti dan berbeza hati menyerahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

“Secara langsung mengiktiraf kepada tokoh-tokoh (veteran) yang banyak berjaya kepada parti,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN