SHAH ALAM – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui nama Ketua Cabang Pandan, Mohd Rafizi Ramli dibangkitkan sebagai calon Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau. Anwar berkata namun begitu katanya, Mohd Rafizi jauh lebih layak daripada bertanding jawatan berkenaan. “Beliau sebagai ADUN? Saya pasti beliau lebih layak daripada itu. Namun ada nama Rafizi dibangkitkan (sebagai calon),” katanya pada sidang media selepas perasmian Kongres Nasional PKR 2018…










