SHAH ALAM – Tindakan seorang perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melabelkan UMNO sebagai parti tahi dalam sesi pembahasan ucapan dasar Presiden dalam Kongres Nasional Keadilan semalam dibidas hari ini.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk John Ot Ghani yang menegur perbuatan itu berkata, pelabelan itu memberikan gambaran tidak baik kepada PKR.
“Kita semua daripada UMNO. Kita percaya dan yakin ahli-ahli UMNO yang masuk PKR akan memahami maksud reformasi (dilaungkan PKR).
“Kita di peringkat cabang-cabang akan memastikan ahli-ahli ini mengikut perlembagaan parti,” katanya ketika ucapan penggulungan Presiden pada Kongres Nasional PKR ke-13 hari ini.
Wakil perwakilan PKR Johor, Yasharudin Kosni semalam menggelarkan UMNO sebagai parti tahi susulan kenyataan
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyatakan ‘langau’ parti itu sedang berterbangan. – K!ONLINE










