Kompaun biar ternakan berkeliaran - Utusan Malaysia

Kompaun biar ternakan berkeliaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Pemilik haiwan yang membiarkan ternakan mereka berkeliaran tanpa pe­ngawasan di jalan raya atau tempat awam berdepan kompaun sebanyak RM250.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, ternakan yang tidak dituntut juga akan dilelong secara terbuka sekiranya melepasi tempoh antara tujuh hingga 14 hari selepas ditangkap.

Menurut beliau, sepanjang operasi antara Januari hingga November ini, sebanyak 112 ekor lembu, kambing (141 ekor), kam­bing biri-biri (10 ekor) dan se­ekor kerbau telah ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh ne­geri.

“Pemilik yang mengabaikan ternakan mereka bukan sahaja dikompaun tetapi turut dikenakan kos tebus serta caj tambahan seba­nyak RM10 (seekor) setiap hari.

“Masalah haiwan ternakan dibiarkan berkeliaran bukan satu perkara baharu tetapi ia berlaku secara berterusan berikutan sikap sesetengah individu yang tidak mematuhi peraturan,” katanya di luar Sidang Dewan Undangan Negeri di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN