Komited tambah baik sistem pendidikan - Utusan Malaysia

Komited tambah baik sistem pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 18 Nov. – Kerajaan negeri komited untuk terus menambah baik dan memperkemas sistem pendidikan negara bagi memastikan generasi muda berpendidikan, berkemahiran dan memiliki modal insan yang tinggi.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, bagi mencapai matlamat itu, pihaknya akan menggunakan kepakaran dimiliki bersesuaian dengan kemajuan semasa.

Katanya, antara aspek yang boleh diteliti adalah menerusi pendekatan pendidikan belajar dengan bermain khususnya bagi peringkat prasekolah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pendidikan melalui bermain ini sudah diamalkan di negara-negara maju di mana ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengekspresikan perasaan dan kreativiti mereka.

“Tujuannya adalah bagi mengimbangi pendidikan ka­nak-kanak melalui perkembangan sosio-emosi, fizikal, intelek dan rohani berlandaskan piawaian dan standard yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Tadika Kemas Kawasan Parlimen Pulai, di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, langkah itu terbukti mampu meningkatkan kecemerlangan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

“Konsep ini akan meletakkan generasi muda negara ini tahap lebih tinggi dalam aspek keyakinan diri, semangat patriotisme serta nilai murni,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×