KLFA syak wujud ‘tangan ghaib’ - Utusan Malaysia

KLFA syak wujud ‘tangan ghaib’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERSATUAN Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) sedia membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika terdapat ‘tangan ghaib’ sehingga kongres ke-31 badan itu yang sepatutnya berlangsung Ahad lalu terpaksa ditangguh.

Penangguhan kongres badan itu dibuat atas arahan Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PSM), Datuk Zaiton Othman bagi memberi ruang kepada proses siasatan lanjut dan pendengaran selepas menerima surat bantahan ahli gabungan yang tidak berpuas hati dengan kaedah pengurusan pelaksanaan kongres yang disifatkan tidak telus.

Naib Presiden KLFA, Datuk Kamarudin Hassan menegaskan, pihaknya tidak teragak-agak untuk melaporkan kepada SPRM sekiranya terdapat pihak yang tidak berintegriti dalam kemelut KLFA.

“Ini rumah tangga kami, kenapa perlu campur tangan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) dalam perkara ini dan persoalannya mengapa PSM tidak memanggil KLFA untuk duduk berbincang sekiranya terdapat ahli gabungan yang tidak berpuas hati.

“Bagi saya PSM melakukan tugas tidak mengikut saluran yang betul kerana ahli gabungan yang ingin bertanding terlebih dulu mendapat surat berbanding KLFA yang dimaklumkan Jumaat lalu. Ia menunjukkan PSM tidak mempunyai integriti yang betul,” ujar Kamarudin pada sidang akhbar di Stadium Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN