Khabib lancar perang psikologi - Utusan Malaysia

Khabib lancar perang psikologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 27 Nov. – Juara bertahan lightwight dunia UFC, Khabib Nurmagomedov berkata dia mempunyai potensi untuk bertarung dengan petinju Floyd Mayweather Jr dan pertarungan tersebut bakal menjadi lebih menarik ketika dia bertemu Conor McGregor.

“Pertarungan kami akan jadi dua kali lebih menarik. Dua petarung yang masih belum tewas akan menjadi lebih menarik untuk melihat siapa yang akan rebah atau menarik diri,” katanya sewaktu melancarkan buku autobiografinya di Moscow.

Khabib sebelum ini pernah mencabar Mayweather pada Oktober lalu namun Presiden UFC, Dana White berkata mereka hanya boleh bertarung dalam seni campuran mempertahankan diri dan bukannya di gelanggang tinju seperti kes McGregor.

Mayweather menewaskan petarung dari Ireland itu dengan keputusan knock-out selepas 10 pusingan pada Ogos 2017.

Khabib mengekalkan rekod bersih selepas 27 perlawanan UFC termasuk ketika menewaskan McGregor pada Oktober lalu.

Kedua-dua petarung itu dikenakan hukuman penggantungan oleh Suruhanjaya Atlet Nevada (NSAC) selepas insiden pergaduhan di luar gelanggang di Las Vegas.

NSAC memberitahu pegawai disiplin akan membincangkan kes Khabib dan McGregor pada 10 Disember ini sebelum mereka kembali boleh beraksi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN