Kes denggi di Putrajaya turun 38 peratus berbanding 2017 - Utusan Malaysia

Kes denggi di Putrajaya turun 38 peratus berbanding 2017

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kes denggi di Putrajaya sehingga Oktober lepas mencatatkan penurunan sebanyak 38 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2017, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad. 

Beliau berkata, sehingga Oktober 2018, sebanyak 327 kes denggi dicatatkan di Putrajaya berbanding 526 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lepas. 

“Dalam menjaga kebersihan bagi membendung masalah denggi, budaya gotong-royong perlu dihidupkan semula terutamanya di kediaman berstrata seperti pangsapuri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Gotong-royong Mega Putrajaya 2018 di pangsapuri Fasa 4, Presint 9 di sini hari ini. 

Tambah Khalid, aktiviti gotong-royong bagi membersihkan kawasan perumahan boleh dilaksanakan  sekurang-kurangnya sebulan sekali bergantung kepada waktu yang ditetapkan oleh pihak yang terlibat. 

Merujuk kepada kes denggi di lokasi gotong-royong hari ini iaitu pangsapuri Fasa 4, Presint 9 di sini beliau berkata, sebanyak 14 kes denggi dicatatkan dengan satu lokaliti hot spot. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN