SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 14 Disember depan untuk pendengaran notis usul yang difailkan tertuduh pertama dalam kes bunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam, bagi mendapatkan salinan rakaman percakapan tujuh saksi pendakwaan yang ditawarkan kepada pihak pembelaan. Hakim Datuk Azmi Ariffin menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad memaklumkan bahawa pihaknya ingin membalas afidavit sokongan kepada notis usul itu yang difailkan S. Kulaselvi, peguambela tertuduh pertama, Siti Aisyah. “Berkenaan notis usul itu mahkamah tetapkan 14 Disember ini pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya