BEIJING 27 Nov. – Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala empat lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh orang ramai di bandar Leshan, wilayah Sichuan hari ini.
Pemandu kereta berkenaan telah ditahan dan punca kejadian itu masih disiasat.
Menurut polis dalam satu kenyataan, kesemua yang cedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Lapor agensi berita Xinhua, kenderaan itu terbabas dan merempuh perhentian bas. – AFP










