Kerajaan Terengganu seharusnya jumpa atlet sebelum buat keputusan - Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Kerajaan Terengganu seharusnya jumpa atlet sebelum buat keputusan – Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG – Kerajaan Terengganu seharusnya memanggil atlet dan persatuan sukan  sebelum membuat keputusan meminta atlet beragama Islam dari negeri itu untuk memakai pakaian patuh syariah setiap kali bertanding dalam sebarang kejohanan, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

“Dalam bab ini tiada masalah jika ingin menggalakkan (menutup aurat), tetapi dalam beberapa sukan khususnya seperti gimrama, acara terjun, renang ia mempunyai ‘citarasanya’ tersendiri.

“Saya takut kerajaan negeri belum lagi berdialog dan berjumpa dengan mereka (atlet) selepas itu keputusan itu dibuat tanpa berunding dengan atlet.

“Di Terengganu sendiri kita ada atlet berbasikal, Azizul Hasni Awang yang membanggakan bukan sahaja negara tetapi juga orang Islam dan bukan Islam di negara ini,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Cruyff Court Felda Lurah Bilut di sini hari ini.

“Jadi saya cadangkan jumpa dulu dengan mereka (atlet) tanya pandangan dan Insha Allah kita akan jumpa titik pertemuan untuk langkah pada masa akan datang bersamanya,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN