Kementerian Pendidikann bantu SPRM dedah kes baharu - Utusan Malaysia

Kementerian Pendidikann bantu SPRM dedah kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 17 Nov. – Kementerian Pendidikan akan membantu Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membongkar dan mendedahkan beberapa lagi kes salah laku baharu melibatkan projek-projek di sekolah-sekolah semasa di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan SPRM bagi memastikan siasatan lengkap dan berjalan lancar.

“Apa-apa nanti SPRM yang akan dedahkan dan kita hanya membantu mereka. Ini semua sebagai satu pengajaran kepada pasukan kami dan pegawai-pegawai di bawah kementerian saya.

“Ini semua untuk mencipta mekanisme supaya tidak berlaku lagi, apa yang penting adalah  pengawalan dan pengawasan supaya tidak berlaku lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pelancaran Sambutan 30 Tahun Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH) Johor Bahru di Kampung Sinaran Baru, Kempas, di sini sebentar tadi.

Beliau memberitahu, kes-kes baharu itu akan disiasat sama ada dalam tahun ini atau awal tahun depan. – UTUSAN  ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN