Kelantan belum terima royalti minyak - Utusan Malaysia

Kelantan belum terima royalti minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 26 Nov. – Kerajaan Pas Kelantan mengambil langkah tunggu dan lihat berhubung royalti minyak seperti mana yang dijanjikan oleh Kerajaan Pusat untuk melunaskannya pada tahun ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya difahamkan kerajaan Pas Terengganu telah menerima bayaran royalti minyak sebanyak RM200 juta baru-baru ini.

Beliau bagaimanapun berkata,  negeri ini belum menerima sebarang bayaran royalti minyak sehingga kini.

“Kita Kelantan tidak dapat apa-apa lagi. Perkembangan terkini, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi tahu beliau akan selesai sebelum akhir tahun ini, kita ada sebulan lagi, kita tengok.

“Beliau (Mohamed Azmin) tidak beri tahu berapa nak bayar (royalti). Cuma saya sebut baru ini, tunggakan sebanyak RM14.9 bilion dari tahun 1992.

“Kerajaan Pusat sudah setuju cuma duit belum sampai. Wang ihsan tahun lepas RM50 juta, RM25 juta untuk negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan(Maik) dan RM25 juta melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), sekarang sudah tiada wang ihsan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Integriti peringkat negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×