SAUDARA PENGARANG, KEBIMBANGAN Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah terhadap wujudnya segelintir rakyat yang mahu mengubah landskap sosial politik negara melalui penerimaan dasar kesaksamaan fahaman barat ada kebenaran dan asasnya. Saya percaya titah baginda itu adalah berdasarkan perkembangan yang berlaku mutakhir ini. Lebih-lebih lagi apabila terdapat pemimpin kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlalu mengagungkan hak asasi manusia hingga sanggup mengenepikan hak majoriti. Sebagai contoh langkah untuk…










