SUBANG JAYA 26 Nov. – Keadaan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25 di sini tenang dan kelibat kumpulan perusuh tidak kelihatan lagi. Setakat pukul 1 petang ini, kawasan tersebut kini dipenuhi para wartawan dan dikawal pihak polis. Selain itu, laluan Lebuh Raya Damansara- Puchong (LDP) ke Shah Alam berhampiran kuil tersebut telah dibuka dan berjalan lancar. Tinjauan wartawan Utusan Malaysia mendapati sekumpulan wartawan dan 50 anggota polis serta…










