Kawasan sekitar kuil, One City lengang, dikawal polis - Utusan Malaysia

Kawasan sekitar kuil, One City lengang, dikawal polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA 27 Nov. – Kawasan berhadapan Kuil Sri Maha Mariammam, USJ 25, di sini lengang selepas kumpulan perusuh bersurai kira-kira pukul 3.45 pagi tadi.

Kawasan tersebut yang menjadi tumpuan perusuh kini dikawal pihak polis manakala laluan Lebuh Raya Damansara- Puchong (LDP) ke Shah Alam berhampiran kuil tersebut juga masih ditutup.

Bangunan pemaju One City Development Sdn. Bhd. (One City) yang turut diserang perusuh juga kini sedang dikawal pihak polis.

Terdahulu, cermin dan pintu masuk bangunan One City pecah dipercayai dilakukan oleh kumpulan perusuh yang berarak dari Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, di sini hari ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi itu turut menyaksikan sebuah kereta jenis Toyota Velfire dirosakkan oleh kumpulan perusuh berkenaan.

Sebelum itu, tiga buah kereta dibakar sekali lagi oleh kumpulan perusuh di hadapan kuil tersebut kira-kira pukul 1.20 pagi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berada di kawasan berhampiran turut dihalang daripada melakukan pemadaman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN