Kaunter tiket Piala AFF dibuka esok - Utusan Malaysia

Kaunter tiket Piala AFF dibuka esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Bagi penyokong Harimau Malaya yang masih belum mendapatkan tiket aksi separuh akhir Piala AFF di antara Malaysia menentang Thailand di Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini boleh membelinya di venue perlawanan bermula esok.

STUART RAMALINGAM

Sebanyak 30,000 tiket akan dijual bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang esok dan peminat boleh mendapatkannya di Pintu A dan Pintu E Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Kaunter akan ditutup lebih awal jika tiket sudah habis dijual, jika masih ada lebihan tiket, kaunter akan dibuka pada Jumaat dan Sabtu ini.

“Setiap individu boleh membeli maksimum lima keping tiket sahaja iaitu untuk tiket RM30 (terbuka) dan tiket RM5 (kanak-kanak), bagaimanapun tiket RM40 (grandstand) sudah habis dijual,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Penjualan tiket turut dibuat di lima cawangan terpilih rangkaian sukan Al-Ikhsan Sports.

Dalam pada itu, FAM memberi peringatan tiada kaunter khas akan dibuka di Wisma FAM esok atau Jumaat atas faktor jangkaan kesesakan di kawasan sekitar yang terletak berdekatan dengan perumahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN