KUALA LUMPUR 22 Nov. – Kerajaan sedia mempertimbangkan untuk menyerap kakitangan lantikan kontrak ke dalam perkhidmatan awam tetapi perlu memenuhi beberapa syarat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, kakitangan-kakitangan berkenaan perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan telah dilantik kontrak sebelum atau pada 23 Oktober 2015. Katanya, satu daripada syarat yang ditetapkan kerajaan Pakatan Harapan adalah tempoh berkhidmat mereka melebihi 15 tahun selain menunjukkan kesetiaan untuk kekal…










