KUALA LUMPUR 9 Nov. – Kerajaan digesa mengkaji semula kaedah pembiayaan perumahan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2019 pada minggu lepas membabitkan instrumen dinamakan property crowd funding terutama untuk golongan berpendapatan rendah (B40). Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad berkata, instrumen baru dan terbukti berjaya menyediakan atau mengumpul dana awam untuk sesuatu perniagaan atau projek ekonomi itu bagaimanapun masih belum teruji kesesuaiannya untuk bidang hartanah dan mungkin mendedahkan peminjam kepada risiko yang tidak dijangkakan termasuk dana yang diragui. “Kami mengkaji dengan mendalam cadangan Kementerian Kewangan ini dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya